Lumut Wanderers FC 0-2 Mantul FC

Lumut Wanderers FC tumpas di tangan Mantul FC setelah mereka berjaya menewaskan dua penjaga gol kita, Riedzuan dan Aqil Rushdan. Lumut Wanderers FC menurunkan kesemua 33 pemain yang hadir termasuk penjaga gol ke-3, Izzat Azhar dalam perlawanan 60 minit tersebut.

Kedua-dua gol dijaringkan Mantul FC menerusi situasi bola mati yang jelas mempamerkan kesefahaman pemain yang masih di peringkat awal. Walaupun begitu, para pemain masih beraksi baik dan berjaya melakukan beberapa percubaan berbahaya.

Walaupun begitu, Mantul FC yang dibarisi pemain berpengalaman merupakan lawan yang sesuai dijadikan ujian terakhir buat para pemain baharu Lumut Wanderers FC. Skuad utama Lumut Wanderers FC hanya akan diumumkan sejurus mendapat persetujuan kedua-dua pihak baik pemain mahupun kelab.

Seramai 16 pemain telah dipilih secara merit untuk bersama dengan skuad utama. 8 pemain lagi disenaraikan dalam senarai pemerhatian manakala 9 pemain lagi diletakkan bersama skuad B. Terima kasih kami ucapkan kepada 33 pemain yang hadir pada perlawanan tersebut dan 41 pemain yang menghadiri sesi pemilihan selama 4 hari.

Kekal selamat. Jaga jarak anda. Kita mesti menang.





No comments:

Post a Comment

Pages