Komen Ketua Jurulatih, Taqqiuddin Zalmi Berkenaan Sesi Pemilihan Terakhir

Pada 10 Januari lepas, sesi pemilihan terakhir telah berlangsung dengan kehadiran pemain yang telah hadir sejak sesi pemilihan pertama. Sesi pemilihan terakhir tersebut berjalan dengan lancar dan dihadiri lebih kurang 30 pemain.

Berikut merupakan komen dan maklum balas hasil pemerhatian sesi pemilihan terakhir oleh En. Taqqiuuddin, ketua jurulatih skuad utama. Pemilihan dan keputusan akhir akan hanya dibuat selepas perlawanan persahabatan menentang sebuah kelab gabungan pemain-pemain di Daerah Manjung, Mantul FC pada Ahad ini, jam 5:00 petang di Padang IKM.

"Kehebatan seorang pemain bukan bergantung pada kemahiran mereka di padang, ia juga melibatkan corak di luar padang iaitu sikap. Sikap seseorang pemain itu menunjukkan dia mampu menjadi hebat atau tidak."

"Alhamdulilah, kita sudah sampai ke penghujung pemilihan pasukan. Pelbagai pemain sudah dinilai tetapi kriteria paling difokuskan adalah sikap. In Shaa Allah, ahad ini akan menjadi medan buat para pemain pamer sikap (dan kebolehan) masing-masing."

"Kalah menang bukan tujuan tetapi sikap (pemain).", ujar ketua jurulatih kelab, Taqqiuuddin Zalmi.

Para pemain akan diuji dalam perlawanan ujian menentang Mantul FC di Padang Institut Kemahiran MARA (IKM) Lumut pada Ahad, 13 Januari. Para pemain akan terus dikelaskan kepada dua pasukan sejurus perlawanan tamat.

Kekal selamat. Jaga jarak anda. Kita mesti menang.



No comments:

Post a Comment

Pages