Pada 7 Januari lepas, sesi pemilihan pertama telah berlangsung dengan kehadiran pemain yang sangat memberangsangkan. Sesi pemilihan pertama tersebut berjalan dengan lancar dan turut dihadiri beberapa ibu bapa.
Berikut merupakan komen dan maklum balas hasil pemerhatian sesi pemilihan pertama oleh En. Taqqiuuddin, ketua jurulatih skuad utama. Beliau juga menyeru agar lebih ramai lagi pemain turun bersama-sama pada sesi pemilihan kedua pada 8 Januari jam 5:30 petang bagi sesiapa yang berkelapangan.
"Kehadiran para pemain memberangsangkan. Dari segi komitmen juga, kita dapat lihat para pemain datang awal. Paling menarik, pemain yanghadir terdiri dari pelbagai bangsa; Melayu, India dan Cina."
Dari segi permainan, beberapa pemain dapat menampilkan aksi luar dari jangkaan awal kami. Ada juga pemain yang menunjukkan sifat kepimpinan mereka di atas padang. Paling penting, pemain memberikan 100% mereka sepanjang sesi hari ini."
"Secara keseluruhannya, masa depan yang cerah dapat saya bayangkan jika berdasarkan usaha dan komitmen mereka hari ini.", ujar ketua jurulatih kelab, Taqqiuuddin Zalmi.
Sesi pemilihan akan terus berjalan sehingga 10 Januari sebelum para pemain diuji dalam sebuah perlawanan ujian menentang kelab gabungan pemain-pemain Liga Amatur Manjung, Mantul FC pada Ahad, 12 Januari. Berikan sokongan anda kepada mereka, bakal pemain Lumut Wanderers FC.
Kekal selamat. Jaga jarak anda. Kita mesti menang.

No comments:
Post a Comment