Selamat Berkhidmat - Taqqiuuddin Zalmi

Lumut Wanderers FC berbesar hati memperkenalkan Mohd Nor Taqqiuuddin bin Mohd Zalmi (28) sebagai ketua jurulatih skuad utama baharu Lumut Wanderers FC bagi musim 2020. Taqqiuuddin merupakan bekas jurulatih kelab futsal di daerah Manjung, Ascenso Muntara FT sejak 2017.

Khidmat Taqqiuuddin akan dibantu oleh dua orang jurulatih iaitu Wan Mohammad Amirul bin Wan Mohd Azam (25), bekas penjaga gol Seza Steelers FC. Wan Mohd Amirul juga merupakan individu yang agak arif dengan liga setempat dan sangat aktif dalam saingan bola sepak di daerah Manjung.

Selamat datang dan selamat berkhidmat bersama Lumut Wanderers FC!

Kekal selamat. Jaga jarak anda. Kita mesti menang.

- - - - -

BIODATA STAF

1. TAQQIUDDIN ZALMI
Nama : Mohd Nor Taqqiuuddin bin Mohd Zalmi Umur (2020) : 28 tahun
Jawatan : Ketua Jurulatih
Bekas Kelab (Pemain) : Pemuda Lumut [Liga Perdana Manjung]
Bekas Kelab (Jurulatih) : Ascenso Muntara FT [Futsal]

2. WAN MOHD AMIRUL
Nama : Wan Mohammad Amirul bin Wan Mohd Azam Umur (2020) : 25 tahun
Jawatan : Pembantu Jurulatih (Penjaga Gol)
Bekas Kelab (Pemain) : Seza Steelers FC [Liga Perdana Manjung]





No comments:

Post a Comment

Pages