Demi memastikan para pemain kekal cergas, satu perlawanan simulasi tertutup telah diadakan antara skuad utama menentang skuad belia Lumut Wanderers FC. Skuad belia dibolosi 4 gol tanpa balas biarpun dibarisi 2 penjaga gol skuad utama, Aqil Rushdan dan Riedzuan.
Aiman Hafiz memulakan pesta jaringan menerusi satu gerakan solo sebelum melepaskan tendangan kaki kiri yang mengenai tiang kanan gawang lawan. Nabil Aiman menambah kedukaan Aqil Rushdan selepas merembat masuk hantaran menarik dari Syakir.
Skuad utama dihadiahkan sepakan penalti selepas penyerang mereka, Wafri dikasari Aqil Rushdan. Namun begitu, tendangan mudah Asyraf Mohsin berjaya diselamatkan penjaga gol berusia 19 tahun itu.
Bersambung babak kedua perlawanan, skuad utama lebih banyak memberikan tekanan dan menyebabkan Riedzuan melakukan kesilapan mudah lalu membenarkan Ammar Ilham menjaringkan gol ke arah gawang yang kosong. Ammar Ilham sekali lagi menambah jaringan selepas menerima lorongan di ruang yang kosong menerusi kaki kirinya.

No comments:
Post a Comment