Buat kali pertama, Lumut Wanderers FC tewas kepada tuan rumah, FC Banjerona dengan keputusan 2 gol tanpa balas. Untuk makluman semua, FC Banjerona merupakan kelab Liga Perdana Manjung bagi musim 2020.
Kedua-dua gol terhasil menerusi tandukan melepasi Aqil Rushdan pada separuh masa pertama. Namun begitu, para pemain Lumut Wanderers FC cuba menghasilkan jaringan menerusi percubaan dua bek sisi, Syazwan dan Afiq pada 10 minit terakhir perlawanan namun gagal.
Terima kasih kepada FC Banjerona kerana sudi menerima kunjungan kami di Kg. Banjar, Ayer Tawar. Satu sesi 'brainstorming' dan 'post-mortem' akan dijalankan staf kejurulatihan bersama pihak pengurusan bagi memperbaiki lopong kelemahan pasukan ketika ini.

No comments:
Post a Comment