Pada Jumaat (24 Januari 2020), sesi latihan terakhir pasukan menjelang pertemuan menentang FC Banjerona telah dijalankan. Seramai 22 orang pemain telah disenarai pendek daripada kedua-dua skuad sebelum perlawanan di Beruas, esok.
Berikut merupakan komen menjelang perlawanan tersebut oleh En. Taqqiuuddin, ketua jurulatih kelab. Jangan lupa untuk sama-sama hadir dan menyaksikan perlawanan persahabatan menentang FC Banjerona di Padang Bola Sepak Kg. Banjar, Beruas pada Ahad ini, jam 5:00 petang.
"Perlawanan menentang FC Banjerona adalah ujian pertama buat pemain yang telah dipilih untuk membawa nama Lumut Wanderers FC dan sudah tentu kemenangan yang ingin dicapai. Diharapkan pemain dapat bermain mengikut pelan dan taktikal yang telah diterapkan oleh saya.", ujar ketua jurulatih kelab, Taqqiuuddin Zalmi.
Berikut ialah senarai pemain yang dipilih untuk ke Kg. Banjar, Beruas pada Ahad ini:
PENJAGA GOL - Riedzuan Zakee, Aqil Rushdan
PERTAHANAN - Haikal Sazali, Syazwan Suraji, Irfan Eruan, Aqil Fahmi, Afiq Amirnuddin, Aiman Haziq, Syukri Zaini
PEMAIN TENGAH/SAYAP - Faiz Zakwan, L. Gopinath, Nabil Aiman, Amirul Hakimi, Aiman Hafiz, Norazri Zamri Azman, A. Thines, Amirul Adib, Eizlan Shahril, Asyraf Mohsin, Syakir Ibrahim
PENYERANG - Amirul Faiz, Wafri Jahari
Kekal selamat. Jaga jarak anda. Kita mesti menang.


No comments:
Post a Comment