Lumut Wanderers FC Kini di Youtube

Setelah berada di tiga platform media sosial utama dunia, Lumut Wanderers FC kini melebarkan sayapnya hingga ke platform penstriman video terkemuka, Youtube. Objektifnya hanya satu; kami ingin terus mendekati komuniti Wanderers dan memperkenalkan jenama kami dengan lebih meluas dengan cara yang interaktif.

Nantikan konten-konten yang bakal kami siarkan di laman Youtube kami bersama-sama staf kejurulatihan, pemain dan pengurusan sama ada berbentuk vlog, video ringkas atau 'challenge'. Nantikan juga pengumuman kami yang seterusnya berkenaan laman web rasmi Lumut Wanderers FC pada masa akan datang.

Jangan lupa untuk tonton, langgan dan klik butang suka jika anda mahukan lebih banyak konten-konten menarik daripada kami pada masa akan datang.

Kekal selamat. Jaga jarak anda. Kita mesti menang.

No comments:

Post a Comment

Pages